Demi Masa ...

Akhbar





Tetamu

Blog Archive

Monday, July 12, 2010

gunung gerah, bilah, bieh, belatuh

Hari Pertama


Pukul 12.00 am bertolak dari Kuala Lumpur ke Pekan Lasah, Sg. Siput Perak.
5.00 am tiba di Pekan Lasah, tunggu Ah Hee ( tokey 4WD). Jam 8.00 am memulakan perjalanan ke Kg Lehlar (mula terking dari sini) 4 Jam perjalanan sampai ke tempat tujuan.
12pm mula menapak ke Kg Agik, pukul 6.00 am sampai Kg Agik…OT le…..

GBBB 010 GBBB 023

Hari Kedua

Tidur sekejap …. ade le 2 jam, pas tu guide Pak Uda sampai terus trekking ke Kem Sarsi. Tengah malam baru le sampai ke Kem Sarsi…OT lagi…
Tidur dan rehatkan badan…..huhuhuuu

GBBB 034 GBBB 049
Hari Ketiga

Sarapan, berkemas, pukul 8am memulakan langkah ke Puncak Gerah, 6 jam berlalu maka tiba le ke puncak….bes nyer. Rehat 1 jam, lepas tu kami pergi pula ke Puncak Bilah…trek kene tebas sendiri…..calar balar badan kena duri rotan. 1 jam setengah sampai Puncak Bilah, ambik gambar, rehat dan patah balik ke Gunung Gerah…bermalam kat sini….

GBBB 112 GBBB 231GBBB 282
Hari Keempat

Kul 9.00 mula gerak dari Puncak Gerah ke Puncak Gunung Bieh, lebih kurang kul 11.00 sampai ke Gunung Bieh. Meneruskan perjalanan ke kem Nyamuk, rehat, makan dan solat kat sini. Pukul 6.00 ptg memulakan perjalanan ke Kem OG, redah lagi, tebas lagi, lanyak lagi….sampai ke Kem OG pukul 3.00 pagi…OT lagi heehehe.

GBBB 271 GBBB 282GBBB 312
Hari Kelima

Dapat le tidur (tidur ayam) dalam 2 jam….mandi kat sungai sebelah kem site, sarapan Nina dah siapkan. Pukul 9.00 pagi kami meneruskan perjalanan dari Kem OG untuk ke Gunung Belatoh. Pukul 11.30 pagi sampai kat simpang Gunung Belatoh dan Kampung Agik. Sebelum sampai kat sini ade kawan-kawan yang kena sengat dek lebah…tapi semuanya ok, sapu aje minyak gamat terus bole jalan. Rehat kejap, dan meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Belatoh. Fasa pertama perjalanan ialah menuju ke puncak view, trek ok, tak perlu tebas. Sampai ke Puncak View pukul 12.30 am, ambil gambar dan rehat sekejap. Pukul 1 memulakan langkah ke puncak Belatoh, trek dah mula ‘kabur’, kena tebas, tebang, lanyak dan himpit….macam-macam ragam kawan-kawan kat sini. Untuk pengetahuan, kami cuma membawa ‘day pack’ sahaja, dalam beg tu pun cuma ade sedikit makanan dan air….kerana menjangkakan perjalanan ke puncak tak lama. Rupa-rupanya jangkaan kami meleset, sampai tengah malam terpaksa tebas, tebang, lanyak dan himpit hutan tu……makanan semakin berkurangan, kongsi aje le apa yang ade…...mengantuk ? tidur on trek aje sekejap, pas tu jalan lagi..Pukul 1.00 am baru sampai puncak...huh seksa nyer, tapi berbaloi sebab dapat menjejakkan kaki kat puncak Belatoh. Kat puncak ni kami berehat dalam kesejukan, berkongsi makanan dan minuman. Ambil gambar dan meneruskan perjalanan turun dan balik ke Kem Agik. Nak tau pukul berapa sampai Kem Agik ? Pukul 5.00 am. Mata dah naik sepet kerana mengantuk. Tidur atas trek entah berapa kali...tak dapat nak kira doh !

GBBB 326 GBBB 377 GBBB 426
Hari Keenam

Dapat tido kejap....sarapan dan berkemas untuk keluar ke Kampung Senangit. Pukul 10.00 am mula trekking, aku ikut Pak Uda jalan dulu, yang lain masih ade yang relex dan berkemas. Perjalanan lebih santai dan relex, tak banyak mendaki, trek beralun tapi panjang (jauh). Lebih kurang pukul 3.00 petang ari hujan, lebat pulak tu, habis kuyup. Pukul 5.00 pm kumpulan pertama tiba di Kampung Senangit. Lepak kat balai raya sementara tunggu yang lain-lain. Pukul 6.00 4X4 pun sampai, punggah barang dan bermulalah satu lagi perjalanan yang perit dalam 4X4, naik poning kepala, nasib baik tak muntah. Lebih kurang pukul 9.30 pm tiba di Pekan Lasah, Alhamdulillah selamat.

GBBB 312
Hari Ketujuh

Pukul 5.00 pg sampai KL, aku sampai rumah pukul 7.30 pagi. Terus bersiap untuk ke Pejabat. Sampai je kat pejabat terus lelap.

Tamat.

1 comments:

Bbet99 said...

"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
BOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"

Post a Comment

Tip For Trekkers

Before you start.........

Most survival situations are preventable. Before heading up the trail, make sure everyone in your group reviews these point:

1. Are you ready for the worst weather you could encounter ?
2. Do you each have basic survival gear ?
3. Is you party well matched in ability and fitness ?
4. Are you equipped to handle special medical need ?

to be continued.....

Chit Chat..


ShoutMix chat widget

Followers