Demi Masa ...

Akhbar





Tetamu

Blog Archive

Monday, June 14, 2010

Gn. Rinjani, Lombok Dan Gn. Batur, Bali

Gunung Rinjani terletak di Pulau Lombok, dengan ketinggian 3726 meter.

Gunung Batur di Pulau Bali, ketinggiannya 1717 meter

13 pendaki – 9 Malaysia, 3 Singapura dan 1 Australia.

Catatan ringkas perjalanan ke Gunung Rinjani dan Gunung Batur.

Hari Pertama:

Bertolak dari LCCT pukul 10.30 am, tiba di Lapangan Terbang Denpasar, Bali pukul 2.30 pm.

Menuju ke Jeti Padang Bai untuk menaiki feri ke Pulau Lombok. Perjalanan dari Airport ke Jeti kira-kira 2 jam 30 minit.

Naik feri pukul 6.00 pm sampai Jeti Lembar, Lombok pukul 10.40 mlm, kenderaan telah siap menunggu untuk membawa kami ke Pondok Indah Senaru. Tiba pukul 3.30 am – driver tu bawak ikut jalan jauh, kalau ikut jalan dekat pukul 1.00 am dah boleh sampai. Suhu 15 darjah…sojuk.

Penyambut tetamu di Denpasar, Bali.

Hari Kedua:

Bangun pagi pukul 6.00 am (kat tempat kita pukul 7.00), sarapan dah siap, Lempeng Pisang dengan teh hangat (complimentary) kalau nak tambah lempeng kena bayar 7000 IDR.

Hari ini kami pergi melawat pasar, masjid lama, air terjun pergi daftar untuk mendaki pada esok harinya. Hari ini kira kasi panas kaki le….warm up untuk hari esok.

DSC_3323

Antara air terjun yang dilawati.

Hari Ketiga:

Bangun macam semalam juga, pukul 6.00 am, sarapan lempeng pisang dan teh hangat, beli extra 2 keping lempeng lagi untuk bekal on trek.

Pukul 8.00 berkumpul di Rinjani Tourist Centre untuk mendengar taklimat dari guide, dan terus bergerak ke Pintu Gerbang Senaru…..kira-kira 40 minit. Kat pintu gerbang tu boleh beli air dan makanan.

Meneruskan perjalanan trek hutan ke Pos 1 (40 minit), tiba di Pos 2 pukul 11.00 am, porter dah siap masak untuk makan tengahari, menu manggi bersayur dan nasi.

Lepas makan meneruskan perjalanan ke Pos 3 (Mondokan Melokek), hujan lebat, basah kuyup pakaian, dah le sejuk pulak tuh…..sampai Pos 3 pukul 2.15 pm. Hujan baru nak berhenti. Tunggu kawan-kawan lain sambil tengok sekumpulan monyet yang mencari peluang untuk mencuri barang, dan makanan pendaki.

1 jam rehat dan meneruskan perjalanan ke Pos Cemara 5, tiba pukul 4.30 pm, rehat kejap, minum dan meneruskan perjalanan ke kawasan perkemahan di Pelawangan Senaru. Laluan berbatu dan mendaki, terdiri dari padang rumput saujana mata memandang. Pukul 5.15 pm sampai ke tapak perkemahan yang terletak di tebing kawah gunung berapi….(boleh tengok gambar). Kalau nak tengok matahari terbenam, kat sini memang cantik…..rujuk gambar….

Lepas makan malam- nasi dengan sup, terus tidur untuk simpan tenaga bagi perjalanan hari esok. Suhu 10 darjah.

DSC_3384

Dah nak mula treking…beg tu je 20 kg….

Hari Keempat:

Selepas bersarapan, group foto, pukul 8.40 am memulakan perjalanan ke kem di tepi tasik kawah gunung berapi…..2 jam perjalanan menuruni tebing yang curam dan berbatu, baru le sampai kat kem tuh……dah ramai orang kat sana, ada yang memancing, main terup, tido dsd…Ikan kat tasik ni besar-besar jugak….boleh le buat lauk untuk makan malam….

Oleh kerana kami sampai awal kat sini, masa yang terluang itu kami gunakan untuk treking pula ke Gua Susu, 1 km dari kem. Gua Susu ni mempunyai banyak keistimewaannya, antaranya ia mempunyai air terjun yang panas dan air terjun sejuk yang terletak sebelah menyebelah, dah mandi air panas, langkah aje ke sebelah mandi air sejuk pulak….kat sini juga banya orang bayar niat, terutama yang ade hajat. Nak kurus badan pun boleh, sebab kat sini ade gua yang di dalamnya mempunyai wap panas seperti Spa.

Dah selesai kat Gua Susu, balik kem, makan cekodok panas dengan teh hangat.

Malam makan sup soto dengan nasi, pas tu….tido.

DSC_3542

Permandangan kawasan kem site di Pelawangan Senaru.

Hari Kelima:

Pagi ni sarapan lempeng pisang dengan dua potong nanas, aku bungkus satu lempeng untuk bekal on trek.

Kalau semalam trek menurun, hari kami akan mendaki pula untuk menuju ke kem seterusnya yang diberi nama Pelawangan Sembalun.

Pendakian masih lagi melalui kawasan padang rumput, walaupun sejuk tetapi UV dari matahari terasa peritnya…aku awal-awal lagi dah sapu Sun Block kat muka dan tangan…tak de le hangus bona kulit.

Pukul 10.30 am sampai kat kem. Kem ni terletak kat atas permatang, memanjang ke arah Gunung Rinjani. Aku sampai, porter dah paasng kemah dan sedang masak nasi. Oleh kerana aku sampai awal, lepak aje le, nak makan belum boleh lagi. Semua kawan-kawan sampai pukul 12.30.

Kat sini banyak monyet, oleh itu kemah kena sentiasa di zipkan, kalu tdak monyet ni akan ambil barang kita.

Makan malam sup maggi/bihun dan nasi, ade sambal dan rendang. Lepas makan tido. Suhu 10 darjah.

DSC_3750

Menu rasmi masa treking.

Hari Keenam:

Kami semua dikejutkan pukul 2.00 am, suhu bawah 10 darjah, bersiap untuk mendaki ke puncak Rinjani, bawa day pack aje. Pakai baju tebal dan head lamp. Group lain dah mula mendaki, sayup sayup nampak lampu kat atas tuh….huuuuu jauh nyer nak jalan. Aku last sekali gerak…sakit perut, guide tolong tunggu aku buang air kat tepi trek….(tinggalkan tanda, mana le tau nak datang lagi lain kali)

Treknya berpasir/abu gunung yang peroi, gembur dan lembut, tiga langkah naik, satu langkah undur. Loteh den….Kiri kanan pulak cerun curam, laluan mendaki lebarnya lebih kurang 2 meter je, ade tempat tuh lagi kecil dari tu.

Pukul 6.00 am sampai puncak, tunggu matahari terbit pukul 6.30 am, dah ramai orang kat atas. Puncaknya tak luas, ade le lebih kurang 1/4 court badminton.

Kul 7.30am, selepas bergambar, turun ke kem.

9.30 am kemas barang untuk meneruskan perjalanan ke kampung kat bawah nun. Guide kata perjalanan mungkin memakan masa 7 jam, trek menurun yang curam, pastu lalu pula kawasan padang rumput sebelum jumpa kampung….jauh ooooooo, mengigil le lutut.

Sampai home stay lembah Rinjani pukul 6.30 ptg….hujan lagi.

DSC_3981

Padang rumput macam kat savana…..rimau x de, babi banyak.

Hari Ketujuh:

Hari ni hari relex….rehat…..lawatan…..

Dari home stay kami ke Mataram, ibu negeri Lombok, pas tu ke Pantai Senggigi, pukul 6.00 pm naik feri untuk kembali ke Pulau Bali.

11.00 pm sampai ke Jeti Padang Bai, Bali. Naik van ke destinasi seterusnya iaitu Pineh Kolada, tempat rehat sebelum mendaki Gunung Batur.

DSC_4058

Dalam feri untuk ke Bali……

Hari Kelapan:

Sampai di Pineh Kolada pukul 2.00 am, rehat 2 jam, sbb pukul 4 akan memulakan pendaian ke Gunung Batur

Selepas taklimat dari guide, pukul 4.30 memulakan pendakian. Laluan berbatu dan berpasir, ditumbuhi rumput. Pukul 6.00 sampai puncak, tunggu matahari terbit 6.30 am, amik gambar matahari, pas tu amik gambar dengan awek tokey kedai minum kat sana. Bayar mendaki gunung Batur aje 150000 IDR, termasuk kenderaan, guide dan sarapan.

Dah puas bergambar terus turun, dan kami di bawa ke tempat menginap di Pantai Kuta, Puri Wisata Hotel. Sampai aje kat hotel, basuh baju dan tido…..petang pergi jalan kat tepi pantai tengok ‘dugung’.

Hari Kesembilan:

Berkemas untuk lawatan sosial di sekitar Pulau Bali.

Tanah Lot – terdapat Pura/Temple hindu

Pasar Seni Sukawati – barang kat sini murah.

Pukul 1.00 pm balik hotel, kemas dan bergerak ke airport…….

Balik.

3 comments:

IndukDen said...

wei...mano pic yg lain2...!!!

Mohd Hafiz said...

cantik air terjun tu.. lama x pergi..

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment

Tip For Trekkers

Before you start.........

Most survival situations are preventable. Before heading up the trail, make sure everyone in your group reviews these point:

1. Are you ready for the worst weather you could encounter ?
2. Do you each have basic survival gear ?
3. Is you party well matched in ability and fitness ?
4. Are you equipped to handle special medical need ?

to be continued.....

Chit Chat..


ShoutMix chat widget

Followers