Demi Masa ...

Akhbar





Tetamu

Blog Archive

Saturday, April 24, 2010

bukit kutu

Bukit Kutu adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan pendaki di hujung minggu. Ketinggiannya ialah 8456 kaki dari aras laut.

Terletak di Kuala Kubu Baru. Untuk memulakan pendakian, pendaki perlu menuju ke perkampungan orang asli yang terletak di sebelah kanan jalan utama ke Bukit Fraser dari Kuala Kubu. Sebagai panduan, selepas aje melalui kawasan empangan Kuala Kubu, perhatikan simpang di sebelah kanan dan masuk ikut situ….

DSC_2666

Antara pendaki yang turut serta……..

Pukul 10.30 am kami memulakan pendakian. Mula-mula lalu jalan batu, selepas jambatan pertama, jalan atas trek balak, jumpa jambatan kedua. Masih melalui trek balak sehingga bertemu dengan sungai….kena cross le…

DSC_2673 dah start nak jalan…semangat semua….

DSC_2682 sungai yg kena cross….sejuk air nyer

DSC_2696

cendawan pelik, macam mentol lampu pam.

Pukul 12.20 sampai kat gua batu, mempunyai tembok batu yang besar dan tinggi, lubang gua pun tak dalam sangat. Kalu nak ambil gambar boleh le masuk. Rehat kat sini, makan bekalan yang dibawa.

DSC_2701 Gua dan tembok batu.

DSC_2724 Rakan rakan pendaki yang telah sampai.

Pukul 1.50 pm, sampai kat tapak banglo British yang telah musnah di bom oleh tentera jepun. Puncak kira kira 5 minit dari sini. Di kawasan ini terdapat dua buah perigi yang diperbuat dari batu. Salah satu dari perigi berkenaan masih mempunyai air.

DSC_2726DSC_2729 Chimney/lubang asap tempat berdiang (memanaskan badan)

DSC_2744

Perigi peninggalan british.

DSC_2747 dalam perigi…

DSC_2822

Puncak Bukit Kutu

Tak jauh dari tapak banglo tadi, kira-kira 10 minit arah ke barat terdapat bekas kubu pertahanan yang telah runtuh dan musnah di bom.

DSC_2789

DSC_2804

DSC_2808

antara gambar kubu yang telah runtuh dan musnah.

Pukul 4.00 pm, kami pun berangkat balik. Pendakian sehari ini cukup berbaloi kerana selain beriadah, dapat juga melihat sisa peninggalan perang dunia kedua…..

Dalam perjalanan balik juga saya sempat merakamkan satu objek biasa yang berada dalam keadaan yang pelik, iaitu batu berdiri….banyak…(tak tau le sape yang rajin buat cam tu)

DSC_2827

batu berdiri

0 comments:

Post a Comment

Tip For Trekkers

Before you start.........

Most survival situations are preventable. Before heading up the trail, make sure everyone in your group reviews these point:

1. Are you ready for the worst weather you could encounter ?
2. Do you each have basic survival gear ?
3. Is you party well matched in ability and fitness ?
4. Are you equipped to handle special medical need ?

to be continued.....

Chit Chat..


ShoutMix chat widget

Followers