Demi Masa ...

Akhbar





Tetamu

Blog Archive

Friday, February 26, 2010

Gunung tahan express 2

Aku pergi expedisi ni sebagai sambungan xpdc yang lepas iaitu Gunung Tahan Exprerss 1. Pergi seramai 11 orang, 9 lelaki dan 2 perempuan.

Ketua dan perancang program ini ialah Abang ‘Uncle’ dari KARAT.

Gambar Gambar Pra-Treking…

XPDC yang pertama tu mengikut laluan Merapoh/Merapoh, 2 hari 1 malam.

XPDC kedua ni pula mengikut laluan Merapoh/Kuala, 3 hari 2 malam. Program ni dinamakan express kerana biasanya kalau mendaki Gunung Tahan mengikut laluan Merapoh ke Kuala akan memakan masa 7 hari, kami nak cuba buat 3 hari aje….alhamdulillah berjaya, walaupun kaki rasa macam nak tertanggal…..heheeh

Ok lah geng…kat bawah ni ade gambar dan sedikit catatan perjalan aku…..layan…..zasssssssss

Hari Pertama.

Pukul 6.30 am naik 4X4 dari Sungai Relau. Ade sikit gangguan dalam perjalanan – pokok tumbang.

Pukul 7.45 am start treking dari Kuala Juram.

Sampai Puncak pukul 6.30 pm. Pasang kemah, masak dan tunggu kawan-kawan lain sampai.

Hari Kedua.

Selepas bergambar sakan kat puncak, kul 8.00 kami memulakan langkah ke kem seterusnya iaitu Kuala Teku. Rehat kat Gunung Gedong, Pangkin dan Wray Camp. Sampai Teku pukul 6.30 pm……rasa nak tercabut lutut bila turun dari Pangkin ke Teku….

bergambar kat puncak

Kapalterbang terhempas….zaman perang dulu.

tangga dalam perjalanan ke Pangkin

Hari Ketiga.

7.45 am kami semua mula bergerak, target kami ialah keluar ke Kuala Tahan. Perjalanan dimulakan dengan aksi menyeberang sungai sebanyak 7 kali….

Lebah kat Kuala Putih…kat sini le Umi Umairah dijumpai….

Sampai Kuala Putih pukul 10.30 am, rehat sebentar sebelum mengatur langkah mendaki Gunung Rajah. 12.50 pm sampai puncak Gunung Rajah, jalan lagi untuk ke Kem Tengah, sejam kemudian tiba di Kem Tengah, rehat dan makan tengahari sebelum ke Kem Melantai. Lebih kurang pukul 4.00 pm sampai melantai, rehat minum teh panas, pas tu kayuh lagi untuk ke Kuala Tahan….12 km lagi….

Pukul 8.30 aku sampai…….kaki dah longlai, terus beli Red Bull 2 tin kat kedai Koperasi Gunung Tahan. Rambo, Kereta Kebal dan Azlia sampai kul 7.30. Geng yang paling lewat sampai pukul 1.30 pagi….

Tamat le XPDC kali ini.

0 comments:

Post a Comment

Tip For Trekkers

Before you start.........

Most survival situations are preventable. Before heading up the trail, make sure everyone in your group reviews these point:

1. Are you ready for the worst weather you could encounter ?
2. Do you each have basic survival gear ?
3. Is you party well matched in ability and fitness ?
4. Are you equipped to handle special medical need ?

to be continued.....

Chit Chat..


ShoutMix chat widget

Followers